Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 65 CERAIAN UP.7.2.11 PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM POLITIK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai penglibatan pegawai awam dalam politik di bawah Peraturan 21, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Peraturan 21, P.U.(A) 395/1993 menjelaskan bahawa seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh— (a) membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik; (b) menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik; (c) terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihan raya umum, pilihan raya kecil, atau apa-apa pilihan raya untuk apaapa jawatan dalam mana-mana parti politik; (d) bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri; (e) masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau (f) memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy