Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 103 Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan 27. Peraturan 16, P.U.(A) 395/1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak dibenarkan untuk terlibat sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan tempatan atau luar negara. Cabutan bertuah dan loteri 28. Seseorang pegawai tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain bagi tujuan kebajikan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 17, P.U.(A) 395/1993. Penglibatan dalam Skim Cepat Kaya 29. Pegawai awam dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur. 30. Skim cepat kaya merupakan satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar, dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang pelan/aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun dijalankan oleh institusi berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan. 31. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan/ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4, P.U.(A) 395/1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy