Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 33 (iii) “blaus” bermaksud baju wanita yang longgar dan panjang melebihi paras punggung namun tidak melebihi paras lutut; (iv) “majlis rasmi” bermaksud majlis atau program rasmi yang tidak mempunyai elemen istiadat; (v) “pakaian” bermaksud sesuatu yang dipakai di seluruh badan termasuklah baju, seluar, kasut dan tanda nama; (vi) “penampilan” bermaksud kekemasan, kesopanan, kebersihan dan kesesuaian mengenai perihal kerapian diri, berpakaian dan berdandan; (vii) “sedondon” bermaksud sama warna atau corak pakaian; dan (viii) “sepadan” bermaksud sesuai dipasangkan atau digunakan bersama. PELAKSANAAN A. Pakaian Pegawai Lelaki Semasa Bertugas 5. Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti di Jadual 1. Jadual 1: Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas JENIS PAKAIAN RASMI TATACARA (i) Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara: (a) Baju kemeja berlengan panjang bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang. • Lengan baju tidak dilipat serta baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tucked in). • Baju kemeja polos atau corak tidak ketara. • Baju dan seluar hendaklah sepadan. (b) Baju kemeja berlengan panjang berkolar Baju Melayu Cekak • Lengan baju tidak dilipat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy