89 Perisytiharan Pendapatan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Entiti Perbadanan Awam seperti Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD], Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG), Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) 35. Pegawai yang dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Entiti Perbadanan Awam seperti Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD], Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG), Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) hendaklah mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada keanggotaannya dalam entiti berkenaan pada setiap bulan Jun dan Disember. Pendapatan tersebut adalah termasuk Elaun Tetap Bulanan (ETB), bonus, insentif, saham, dividen atau lain-lain pendapatan. Maklumat pendapatan boleh diisytiharkan dalam Sistem HRMIS melalui Submodul Perisytiharan Harta - Fungsi - Maklumat Pendapatan Bulanan. Perisytiharan Pendapatan Yang Diperolehi Daripada Pekerjaan Luar 36. Pegawai yang memperoleh apa-apa pendapatan daripada pekerjaan luar yang dibenarkan hendaklah mengisytiharkan pendapatan tersebut pada setiap bulan Jun dan Disember kepada Ketua Jabatan melalui Sistem HRMIS melalui Submodul Perisytiharan Harta - Fungsi - Maklumat Pendapatan Bulanan. Perisytiharan Dividen/ Hasil Pelaburan 37. Pegawai yang menerima apa-apa dividen atau hasil pelaburan yang jumlahnya melebihi enam (6) kali emolumen hendaklah mengisytiharkan penerimaan tersebut kepada Ketua Jabatan melalui Sistem HRMIS Submodul Perisytiharan Harta - Fungsi - Modul Pendapatan Bulanan. Pemilikan Syarikat Perniagaan Persendirian Yang Dimiliki Oleh Ahli Keluarga 38. Syarikat perniagaan persendirian yang dimiliki oleh ahli keluarga pegawai hendaklah diisytiharkan kepada Ketua Jabatan melalui Sistem HRMIS Submodul Perisytiharan Harta - Perisytiharan Syarikat/ Perniagaan Persendirian.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy