Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 88 30. Pegawai yang memiliki atau membeli saham atau sekuriti lain di bawah RM300,000.00 tidak perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Pelulus. Walau bagaimanapun, pegawai masih perlu mengisytiharkannya dalam Sistem HRMIS melalui Submodul Perisytiharan Harta. 31. Walaupun pegawai boleh memohon pengecualian terhadap had pemilikan di perenggan 23, namun bagi mana-mana had yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di bawah mana-mana peraturan lain, permohonan untuk memperoleh saham atau sekuriti lain melebihi had yang ditetapkan tersebut adalah tidak dibenarkan. 32. Bagi perolehan saham atau sekuriti lain yang dibuat olehnya atau diperoleh daripada mana-mana pihak yang nilainya RM300,000 dan ke atas sama ada belum atau telah diisytiharkan sebelum tarikh kuat kuasa Ceraian ini, pegawai perlu mengisytiharkan pemilikan saham atau sekuriti lain tersebut kepada Pegawai Pelulus dengan menyatakan nilai semasa saham atau sekuriti lain tersebut. 33. Pegawai yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam keadaan berikut perlu mendapat kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan terlebih dahulu sebelum membeli/ memiliki saham daripada syarikat berkenaan. Keadaan tersebut adalah seperti yang berikut: (i) pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan; (ii) pegawai yang bertanggungjawab memproses/ menimbang/ meluluskan lesen-lesen perniagaan syarikat; (iii) pegawai yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada syarikat untuk beroperasi; atau (iv) pegawai yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti dan urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham. 34. Walau apa pun kebenaran dan had pemilikan pelaburan yang dibenarkan kepada pegawai awam, pelaburan berisiko tinggi hendaklah dipertimbangkan dengan teliti bagi mengelakkan kerugian kewangan sehingga menyebabkan pegawai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dan seterusnya boleh menjejaskan integriti serta prestasi perkhidmatan awam. Oleh itu, pegawai awam hendaklah mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta merancang pelaburan secara bertanggungjawab.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy