145 CERAIAN UP.7.2.14 KEAHLIAN PEGAWAI AWAM DALAM KELAB GOLF ATAU KELAB REKREASI MILIK SWASTA SECARA KEHORMAT ATAU PENAMA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai tatacara keahlian pegawai awam dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta secara kehormat atau penama serta penggunaan kemudahan secara percuma di kelab tersebut oleh persatuan jabatan. LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini berlaku keadaan di mana pegawai awam diberi keahlian secara kehormat atau penama oleh kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta. Keahlian ini boleh menimbulkan keadaan serba salah kepada pegawai awam dalam menjalankan tugas rasmi sekiranya berkaitan dengan kepentingan kelab berkenaan. Ia juga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap integriti seseorang pegawai awam. 3. Di samping itu, terdapat juga persatuan jabatan termasuk persatuan yang dianggotai sepenuhnya oleh pegawai awam mendapat kebenaran menggunakan kemudahan kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta secara percuma bagi menganjurkan aktiviti-aktiviti persatuan jabatan berkenaan. Ini juga boleh menjejaskan imej dan nama baik jabatan berkenaan. TAFSIRAN 4. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini— “Jabatan” termasuklah mana-mana Kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang lain; “keahlian secara kehormat atau penamaan” ertinya mana-mana pegawai awam yang ditawarkan oleh mana-mana kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta untuk menjadi ahli bagi menikmati segala kemudahan yang terdapat dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta berkenaan tanpa perlu membayar yuran keahlian atau yuran bulanan atau kedua-duanya sekali. Ini juga meliputi pegawai awam yang dilantik sebagai Penaung, Pengerusi,
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy