144 4. Pegawai ditegah sama sekali memberi pendapat peribadi dan keterangan yang bercanggah dengan dasar Kerajaan bagi mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau percanggahan fakta antara Kerajaan dengan pegawai awam. Mana-mana pegawai yang melanggar ketetapan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 5. Sekiranya terdapat keperluan untuk Ketua Jabatan memilih mana-mana pegawai awam untuk menjadi saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan atau penyiasatan rasmi Kerajaan, maka Ketua Jabatan hendaklah hanya memilih pegawai yang benar-benar layak dan memahami segala aspek dasar mengenai perkara yang dibicarakan atau disiasat itu sahaja. Selepas perbicaraan atau penyiasatan tamat, pegawai berkenaan hendaklah menyediakan laporan kepada Ketua Jabatannya mengenai perkara yang telah dibangkitkan dan keterangan yang telah diberikan di dalam perbicaraan atau penyiasatan tersebut. TARIKH KUAT KUASA 6. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 20 Mei 2026. PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1980: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Kerajaan Sebagai Saksi di dalam Perbicaraan dan Penyiasatan Rasmi Kerajaan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy