Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 83 (iii) apa-apa perkara lain yang dianggap perlu bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Panduan Pemilikan Harta Tertentu Pemilikan Tanah Secara Diberimilik Oleh Kerajaan Termasuk Tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sewaan dan Pajakan 19. Pegawai boleh memohon dan diberimilik tanah Kerajaan termasuk tanah lesen pendudukan sementara (TOL), sewaan dan pajakan untuk pertanian atau lot tapak perumahan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Permohonan kebenaran tersebut hendaklah dibuat dalam Sistem HRMIS menerusi Submodul Perisytiharan Harta - Fungsi - Permohonan Bagi Mendapatkan Kebenaran Untuk Memohon dan Memiliki Tanah Kerajaan serta dikemukakan kepada Ketua Setiausaha atau Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapat kelulusan. 20. Pemilikan itu tertakluk kepada syarat berikut: (i) keluasan keseluruhan tanah pertanian tidak melebihi 20 ekar, sama ada tanah berkenaan terletak di satu tempat atau di mana-mana tempat di dalam negara secara terkumpul; (ii) tanah tapak perumahan tidak melebihi dua (2) lot di mana-mana tempat di dalam negara; dan (iii) bagi pemilikan tanah pertanian dan tapak perumahan yang diberi milik oleh Kerajaan atas nama koperasi, sekiranya tanah yang berkenaan dipecah sempadan dan diberikan kepada pegawai, pemilikan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat di subperenggan (i) dan (ii) di atas. 21. Keputusan permohonan pemilikan tersebut, setelah diperoleh, hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai dan Sistem HRMIS oleh pentadbir yang berkenaan. 22. Pegawai yang dianugerahkan tanah adalah tidak tertakluk kepada syarat sebagaimana yang diperuntukkan di perenggan 19 dan 20. Walau bagaimanapun, pegawai tersebut hendaklah mengisytiharkan pemilikan tanah berkenaan dalam Sistem HRMIS menerusi Submodul Perisytiharan Harta.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy