Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 72 mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat. UP.7.3.2 PBTT yang berkenaan hendaklah menyiarkan suatu notis kembali bertugas dalam sekurang-kurangnya satu (1) surat khabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara, mengikut subperaturan 26(4), P.U.(A) 395/1993. 5. Sekiranya pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penyiaran notis tersebut, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada PBTT untuk diambil tindakan tatatertib mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa terhadap pegawai itu. Jika pegawai tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penyiaran notis tersebut, pegawai hendaklah disifatkan sebagai telah dibuang kerja berkuat kuasa mulai daripada tarikh pegawai itu tidak hadir bertugas. Pembuangan kerja tersebut hendaklah diberitahu melalui Warta Kerajaan, mengikut subperaturan 26(7), P.U.(A) 395/1993 seperti di Lampiran UP.7.3.2(A). PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy