Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 60 6. Walau apa pun ketetapan dalam Ceraian ini, setiap pegawai hendaklah membuat penilaian terhadap pemberi hadiah/ keraian apabila hadiah itu diberikan kepada dirinya, pasangannya, ahli keluarganya atau orang lain bagi pihak dirinya. Sekiranya pegawai mendapati terdapat syak yang munasabah bahawa tujuan hadiah/ keraian yang diberikan itu adalah berkait dengan tugas rasminya atau tidak selaras dengan peraturan 4, P.U. (A) 395/1993 maka hadiah/ keraian itu hendaklah ditolak. A. HADIAH 7. Ceraian ini terbahagi kepada penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai (individu) dan jabatan. (i) Pegawai (Individu) 8. Penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai adalah tertakluk sama ada ia melibatkan tugas rasmi atau tidak melibatkan tugas rasmi. (a) Melibatkan Tugas Rasmi i. Pegawai awam adalah dilarang daripada menerima atau memberi hadiah jika melibatkan tugas rasminya selaras dengan peruntukan subperaturan 8(1), P.U. (A) 395/1993 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “8. (1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.”. ii. Bagi maksud Ceraian ini, perkataan “melibatkan tugas rasminya” bererti apabila berlaku penerimaan/ pemberian hadiah yang boleh mempengaruhi tugas dan kuasa rasmi pegawai itu di mana-mana tempat atau pada bilabila masa yang boleh menjadi dorongan atau ganjaran kepada pegawai atau pemberi hadiah pada masa hadiah itu diberikan atau pada masa akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy