Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 101 (v) sama ada pada pendapat Pegawai Pemegang Harta, kes itu berlaku disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai itu; dan (vi) apa-apa perkara lain mengikut budi bicara Pegawai Pemegang Harta yang difikirkan patut dilaporkan. 17. Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan berhubung kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius serta laporan yang diterima daripada Pendaftar Mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta kepada PBTT yang berkenaan. 18. Setelah menimbangkan semua laporan itu, PBTT yang berkenaan hendaklah memutuskan sekiranya tindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai. 19. Sekiranya tindakan tatatertib yang diambil berkeputusan dengan hukuman tangguh pergerakan gaji, PBTT boleh, apabila selesai tempoh penangguhan pergerakan gaji tersebut, memerintahkan supaya suatu amaun yang sama banyak dengan amaun yang diterima daripada pergerakan gaji yang dipulihkan itu ditambahkan kepada ansuran yang kena dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta atau mana-mana pemiutang penghakiman. 20. Seseorang pegawai yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya. Meminjam Wang 21. Peraturan 12, P.U.(A) 395/1993 telah memperuntukkan bahawa pegawai awam tidak boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang. 22. Larangan ini dilaksanakan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa rasmi pegawai seperti menggunakan kuasa rasminya dalam mendapatkan kelulusan pinjaman wang atau meminjam wang daripada orang yang berada dalam ruang lingkup kawasan bertugas pegawai. Larangan ini juga termasuk meminjam daripada orang perseorangan yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy