x Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 15. UP.7.2.6 (12 Ogos 2026) PELAKSANAAN Perenggan 30 30. Pegawai yang memiliki atau membeli saham atau sekuriti lain di bawah RM300,000.00 tidak perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Pelulus. Walau bagaimanapun, pegawai masih perlu mengisytiharkannya dalam Sistem HRMIS melalui Submodul Perisytiharan Harta. PELAKSANAAN Perenggan 30 30. Pegawai yang memiliki atau membeli saham atau sekuriti lain tidak melebihi RM300,000.00 tidak perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Pelulus. Walau bagaimanapun, pegawai masih perlu mengisytiharkannya dalam Sistem HRMIS melalui Submodul Perisytiharan Harta. 16. UP.7.2.5 (30 September 2026) Tiada Tambahan perenggan 5. Prinsip pemberian dan penerimaan hadiah dan keraian di bawah P.U. (A) 395/1993 dan Ceraian ini adalah hadiah/keraian tersebut tidak boleh diterima atau diminta untuk mendapat sesuatu balasan yang boleh menjadi dorongan atau ganjaran kepada pegawai atau pemberi hadiah/keraian itu sekiranya, pada masa hadiah/keraian itu diberikan atau pada masa yang akan datang mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasmi pegawai. 6. Walau apa pun ketetapan dalam Ceraian ini, setiap pegawai hendaklah membuat penilaian terhadap pemberi hadiah/keraian apabila hadiah itu diberikan kepada dirinya,
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy