Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 69 CERAIAN UP.7.3.1 KETIDAKHADIRAN BERTUGAS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan kepentingan pegawai untuk hadir bertugas dan implikasi pelanggaran ke atas pegawai sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 23, 24 dan 25 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Seseorang pegawai dikehendaki melaksanakan tugas-tugasnya bagi apa-apa jua tempoh dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Ketidakhadiran pegawai untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 24, P.U.(A) 395/1993. 3. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai mengemukakan sijil cuti sakit yang sah setelah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta. Sekiranya didapati pegawai mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu atau meminda Sijil Cuti Sakit berkenaan, tindakan berikut hendaklah diambil: (a) melucutkan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti; (b) membuat laporan Polis sekiranya Sijil Cuti Sakit berkenaan diperoleh daripada sindiket menjual Sijil Cuti Sakit; dan (c) mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah subperaturan 4(2)(f) dan (g), P.U.(A) 395/1993. PELAKSANAAN 4. Sekiranya Ketua Jabatan mendapati pelanggaran tatakelakuan berhubung ketidakhadiran bertugas berlaku, tatacara tatatertib hendaklah diambil ke atas pegawai seperti yang dinyatakan melalui Ceraian UP.7.4.1: Tatacara Tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy