Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 148 9. Tiada apa-apa jua dalam Ceraian ini atau apa-apa pindaan yang dibuat di bawahnya boleh menghalang apa-apa tindakan diambil terhadap pegawai awam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Kanun Keseksaan [Akta 574] atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 10. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 20 Mei 2026. PEMBATALAN 11. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000: Keahlian Pegawai Awam Di Dalam Kelab Golf Dan Kelab Rekreasi Swasta Secara Kehormat Atau Penamaan Serta Penggunaan Kemudahan Secara Percuma Di Kelab Tersebut Oleh Badan Atau Persatuan Jabatan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy