Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 22 6. Penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai adalah tertakluk sama ada ia melibatkan tugas rasmi atau tidak melibatkan tugas rasmi. UP.7.2.5 (i) Melibatkan Tugas Rasmi (1) Pegawai awam adalah dilarang daripada menerima atau memberi hadiah jika melibatkan tugas rasminya selaras dengan peruntukan subperaturan 8(1) P.U. (A) 395/1993 seperti berikut: “8. (1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.” (2) Bagi maksud Ceraian ini, “melibatkan tugas rasminya” bererti apabila berlaku penerimaan/ pemberian hadiah semasa pelaksanaan tugas rasmi pegawai seperti sewaktu berurusan di premis Kerajaan, kaunter, lokasi penguatkuasaan, lawatan turun padang atau kehadiran di majlis rasmi. (3) Antara contoh larangan penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai jika melibatkan tugas rasmi pegawai adalah seperti berikut: TAFSIRAN CONTOH Penerimaan Hadiah oleh Pegawai (i) penerimaan hadiah berhubung dengan tugas rasmi pegawai itu yang boleh menjadi dorongan kepada pegawai untuk memberikan balasan/ imbuhan kepada pemberi. Contoh 1: Pihak pengurusan kilang menghadiahkan motosikal kepada pegawai penguatkuasa agar tidak dikuatkuasakan undang-undang terhadapnya. Contoh 2:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy