Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 79 UP.7.4.2 5. Berdasarkan Peraturan 43, P.U.(A) 395/1993, penahanan kerja pegawai berkenaan hendaklah dilaksanakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua (2) bulan dan pegawai berhak menerima emolumen penuhnya dalam tempoh penahanan kerja tersebut. Bagi siasatan yang melebihi tempoh dua bulan, pegawai hendaklah hadir bertugas seperti biasa atau sekiranya kehadiran pegawai menjejaskan proses siasatan, Ketua Jabatan boleh menempatkan pegawai di penempatan lain yang bersesuaian. 6. Sekiranya dalam tempoh penahanan kerja itu, prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai di mahkamah atau tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah diambil ke atasnya, perintah tahan kerja itu hendaklah terhenti berkuat kuasa mulai tarikh prosiding jenayah atau tindakan tatatertib dimulakan sebagaimana diperuntukkan berdasarkan subperaturan 43(3), P.U.(A) 395/1993. 7. PBTT hendaklah mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya patut mengikut Peraturan 44, P.U.(A) 395/1993. B. Tatacara Penahanan Kerja Apabila Prosiding Jenayah/Tatatertib Dimulakan (Peraturan 44, P.U.(A) 395/1993) 8. Jika prosiding jenayah atau prosiding tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah dimulakan terhadap pegawai itu, PBTT yang berkenaan boleh menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas sebagaimana subperaturan 44(1), P.U.(A) 395/1993. 9. Berdasarkan subperaturan 44(4), P.U.(A) 395/1993, PBTT hendaklah mengambil kira faktor berikut dalam memutuskan penahanan kerja pegawai: (a) jenis kesalahan yang dituduh terhadap pegawai itu adalah berkait secara langsung dengan tugasnya; (b) kehadiran pegawai itu di pejabat akan menjejaskan siasatan tatatertib; (c) kehadiran pegawai itu di pejabat boleh memalukan atau menjejaskan nama atau imej Jabatan pegawai itu; atau (d) penahanan kerja pegawai itu akan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy