Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 86 25. Jika pegawai berkemampuan dan berhasrat untuk memperoleh syer, saham, debentur, bon, sukuk atau sekuriti lain melebihi had yang ditetapkan di perenggan 23 kecuali di perenggan 23. (iii)(a) dan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di bawah mana-mana peraturan lain, pegawai hendaklah mendapatkan kebenaran Pegawai Pelulus sebagaimana tatacara di perenggan 26. Tatacara Pemohonan Pengecualian Had Pemilikan Saham Dan Sekuriti Lain 26. Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang Lampiran UP.7.2.6 (A) dan dikemukakan kepada Pegawai Pelulus. Tindakan Urus Setia 27. Urus setia, setelah menerima permohonan pengecualian had pemilikan syer, saham, debentur, bon, sukuk atau sekuriti lain daripada pegawai, hendaklah— (i) meneliti butiran maklumat pendapatan dan kemampuan pegawai serta keterangan/ dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pegawai; (ii) sekiranya terdapat keraguan/ keterangan yang memerlukan penjelasan lanjut, rujuk semula kepada pegawai untuk pengesahan/ mendapat keterangan tambahan; (iii) mengemukakan perakuan untuk kelulusan Pegawai Pelulus terhadap pengecualian had saham yang dimohon oleh pegawai; (iv) memaklumkan keputusan Pegawai Pelulus terhadap pemilikan saham berkenaan kepada pegawai; dan (v) merekodkan keputusan pengecualian had pemilikan saham di dalam BPK dan Sistem HRMIS pegawai berkenaan. Tindakan Pegawai Pelulus 28. Pegawai Pelulus dalam menimbangkan permohonan pengecualian had pemilikan syer, saham, debentur, bon, sukuk atau sekuriti lain daripada pegawai boleh mengambil kira perkara berikut: (i) pegawai mempunyai keupayaan untuk memperoleh saham yang dimohonnya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy