Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 8-1 LAMPIRAN UP.7.2.11(H) Format Surat Kelulusan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik (Nama dan alamat pegawai)…………….. ……………………………………………. ……………………………………………. Ruj: ………………………………………. Tarikh: …………………………………… Melalui dan salinan: (Ketua Jabatan dan alamat Jabatan)…… …………………………………………… …………………………………………… (u.p.: ) Tuan, Permohonan Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Daripada (Nama dan Jawatan Pegawai) Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada permohonan tuan bertarikh (tarikh) mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada ..(tarikh).. telah BERSETUJU MELULUSKAN permohonan tuan untuk ..(nyatakan tujuan permohonan)... Kelulusan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) Segala kegiatan politik tuan hendaklah tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mengenai tatakelakuan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya, termasuk larangan berikut: i) kegiatan politik hendaklah dilakukan di luar waktu bertugas; ii)kegiatan politik tuan hendaklah tidak mengganggu tugas rasmi sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48; iii) tidak boleh menggunakan pengaruh politik bagi menyelesaikan masalah-masalah perkhidmatan demi kepentingan peribadi tuan atau bagi pihak sesuatu kumpulan, pertubuhan, persatuan atau sebagainya; dan iv) tidak boleh menggunakan sebarang maklumat rasmi Kerajaan, peralatan dan kemudahan pejabat untuk tujuan kegiatan politik. b) Tuan hendaklah memohon cuti selaras dengan peraturan yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas, terhad kepada aktiviti berikut: i) menghadiri mesyuarat parti politik di Peringkat Kebangsaan sebagai perwakilan; dan ii) menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik, yang membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan Negara. c) Kelulusan ini terbatal jika sekiranya tuan ditempatkan sama ada secara lateral atau dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah atau di Institusi Pendidikan Guru atau Kolej Matrikulasi atau mana-mana agensi Kerajaan. d) Kelulusan ini juga terbatal sekiranya tuan bersetuju untuk menerima tawaran pemangkuan (KUP) atau kenaikan pangkat ke Gred DG52 dan ke atas; e) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menarik balik kelulusan yang diberi, sekiranya tuan gagal mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan ini dan tuan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekian, dimaklumkan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Tandatangan pegawai ……………………………….. ( Nama pegawai ) b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Blok C1-C3, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P.PUTRAJAYA (u.p: Bahagian Perkhidmatan) Bersama-sama ini dilampirkan borang Lampiran UP.7.2.11(F) untuk tujuan rekod.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy