Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 67 9. Walau apa pun ketetapan di bawah perenggan 8(b) Ceraian ini, pegawai awam hendaklah memastikan sebarang penerimaan hadiah yang tidak melibatkan tugas rasmi tidak akan bercanggah dengan peraturan 4, P.U. (A) 395/1993 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. Keputusan Ketua Jabatan 10. Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan pegawainya untuk menerima hadiah yang dibenarkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut: (i) hadiah yang diterima itu tidak bertentangan dengan P.U. (A) 395/1993 dan Ceraian ini; (ii) penerimaan hadiah tersebut tidak menimbulkan syak bahawa pegawai telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memperoleh hadiah itu; (iii) hubungan antara pegawai dengan pemberi hadiah tersebut tidak mempengaruhi tugas dan kuasa yang ada pada pegawai itu; dan (iv) kepentingan dan nama baik Jabatan secara keseluruhan. 11. Ketua Jabatan dalam menimbangkan kelulusan penerimaan hadiah oleh pegawai bawahannya, boleh membuat ketetapan seperti yang berikut: (i) membenarkan pegawai menerima hadiah itu; (ii) mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada pemberi; (iii) hadiah tersebut digunakan oleh Jabatan; atau (iv) keputusan-keputusan lain yang wajar dan munasabah, sebagai contoh, hadiah itu didermakan kepada badan kebajikan. 12. Ketua Jabatan boleh meminta pegawai memberi penjelasan, sekiranya beliau meragui apa-apa penerimaan hadiah oleh pegawai. 13. Ketua Jabatan juga hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib atau mana-mana pihak berkuasa lain, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap peraturan atau undang-undang berkaitan penerimaan hadiah oleh pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy