82 15. Dalam mempertimbangkan perisytiharan harta oleh pegawai, Ketua Jabatan boleh meminta maklumat tambahan jika perlu. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, meminta pegawai itu memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana pegawai itu dapat menyelenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana pegawai itu telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 11 P.U.(A) 395/1993. 16. Ketua Jabatan setelah membuat pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan perisytiharan harta pegawai, hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Unit Integriti atau unit lain yang menguruskan integriti untuk tindakan selanjutnya. Jika Ketua Jabatan berpuas hati dengan perisytiharan harta pegawai, hendaklah mengambil maklum terhadap perisytiharan harta yang telah dibuat oleh pegawai dengan seberapa segera dan tidak melebihi 30 hari apabila maklumat telah lengkap. Pemilikan Harta Yang Bertentangan Dengan Tatakelakuan 17. Di bawah subperaturan 10(4) P.U.(A) 395/1993, pegawai yang bercadang memperolehi harta yang mungkin tidak selaras dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 4 P.U.(A) 395/1993 hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan. Bagi pegawai awam Persekutuan yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam negeri, mereka hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. 18. Ketua Setiausaha Kementerian dalam menimbangkan untuk memberi kebenaran di bawah subperaturan 10(4) P.U.(A) 395/1993, hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut: (i) saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah; (ii) pemerolehan atau pemilikan harta itu bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam, atau kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 4 P.U.(A) 395/1993;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy