Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 PEMBATALAN 3 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I 1-1 Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat CERAIAN UP.3.1.1 Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 4 Lampiran UP.3.1.1 Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 1-1 CERAIAN UP.3.1.2 Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat 7 Lampiran UP.3.1.2 Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan 1-1 CERAIAN UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia 13 Lampiran UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan 1-1 CERAIAN UP.3.1.4 Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 15 CERAIAN UP.3.1.5 Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib 17 Lampiran UP.3.1.5 (A) Contoh Surat Arahan Penempatan Pemangkuan 1-1

ii PERKARA MUKA SURAT Lampiran UP.3.1.5 (B) Contoh Notis Pemberitahuan Penamatan Pemangkuan 2-1 CERAIAN UP.3.1.6 Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib 19 Lampiran UP.3.1.6 (A) Contoh Kes Pegawai Yang Dikenakan Lebih Daripada Satu Hukuman Tatatertib Dalam Satu Pertuduhan Tatatertib 1-1 Lampiran UP.3.1.6 (B) Contoh Kes Pegawai Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib Dalam Satu Kes Tatatertib Dan Kemudian Menerima Hukuman Tatatertib Dalam Satu Kes Tatatertib Yang Lain Dalam Tempoh Hukuman Yang Lain Masih Berjalan 2-1 CERAIAN UP.3.1.7 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana 22 Lampiran UP.3.1.7(A) Syarat Dan Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Pegawai Kumpulan Pelaksana Di Gred Lantikan (TBK1) 1-1 Lembaran UP.3.1.7(A1) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 2-1 Lembaran UP.3.1.7(A2) Contoh Pemakluman Pegawai Yang Tidak Mencapai Tahap Yang Ditetapkan Bagi Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 3-1 Lembaran UP.3.1.7(A3) Borang Penilaian Semula Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) 4-1 Lampiran UP.3.1.7(B) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 5-1 Lembaran UP.3.1.7(B1) Contoh Pemakluman Pegawai Yang Tidak Mencapai Tahap Yang Ditetapkan Bagi Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 6-1 Lembaran UP.3.1.7(B2) Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) 7-1

iii PERKARA MUKA SURAT Lampiran UP.3.1.7(C) Carta Alir Proses Kenaikan Pangkat Secara TimeBased Berasaskan Kecemerlangan Bagi Kumpulan Pelaksana 8-1 CERAIAN UP.3.1.8 Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam 35 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2021) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memberikan peluang kemajuan kerjaya yang lebih luas kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai satu galakan dengan tujuan supaya mereka dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sebagai pegawai awam. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. PELAKSANAAN 3. Dasar dan peraturan berhubung urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam boleh dibahagi kepada dua (2) perkara seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.3.1 Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.1 Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.3.1.2 Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.3 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia Ceraian UP.3.1.4 Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Ceraian UP.3.1.5 Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib Ceraian UP.3.1.6 Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib Ceraian UP.3.1.7 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Ceraian UP.3.1.8 Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam

 3 TARIKH KUAT KUASA 4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan AwamNegeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP Yang Dibatalkan 1. Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 : Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam; (ii) Surat Edaran JPA.(S)(K)223/4/4JLD.5(6) bertarikh 5 September 2017: Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat; (iii) Surat Edaran JPA(S)134/1/4 Klt.8 (77) bertarikh bertarikh 12 September 2012: Tempoh Minimum Pemangkuan Pegawai Gred Utama Dan Gred Khas Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat; (iv) Surat Edaran JPA.BK(S)134/4/8-3 Jld.2(71) bertarikh 19 Ogos 2013: Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat; (v) Surat Edaran: JPA.BK(S)134/2/8 Jld.4 (3) bertarikh 3 September 2013: Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib; (vi) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009: Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib; (vii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 : Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009: Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam; dan

 1-2 Bil. Tema PP/SPP Yang Dibatalkan (ix) Surat Edaran: JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2(7) bertarikh 10 Mei 2012: Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji MinimumMaksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

 4 CERAIAN UP.3.1.1 PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. 3. Dasar dan peraturan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti berikut: (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993 - Peraturan Mengenai Pemangkuan dan Penanggungan Kerja; (b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1986 - Penyiaran Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat; (c) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP 134/1 Klt. 5 (13) bertarikh 24 Oktober 1997 – Kaedah Baru Pengendalian Urusan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan ke Gred 2 dan Gred 1 Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (Tidak Termasuk Anggota Polis, Tentera dan Pegawai Undang-Undang); dan (d) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.13 (21) bertarikh 6 Mac 2007 - Kaedah Pemangkuan Melangkaui Gred.

 5 UP.3.1.1 4. Berkuat kuasa 30 Jun 2010, kesemua dasar dan peraturan di para 3 telah dibatalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010: Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalm Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan Urusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 5. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat perlu diperkemaskan untuk disesuaikan dengan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa bagi memantapkan pelaksanaannya di peringkat kementerian dan jabatan. Dasar dan peraturan yang telah dikemaskini adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam di lampiran berkembar. KEKECUALIAN 6. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam panduan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010: Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 LAMPIRAN UP.3.1.1 KERAJAAN MALAYSIA PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 2021

 KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat 1. KANDUNGAN i 2. SENARAI LAMPIRAN iii 3. TUJUAN 1-1 4. LATAR BELAKANG 1-1 5. TAFSIRAN 1-1 6. PEMANGKUAN Tujuan Pemangkuan 1-3 Jenis Pemangkuan 1-4 Peraturan dan Prinsip Pemangkuan 1-4 Syarat-syarat Pemangkuan 1-4 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 1-5 Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 1-5 Jawatan Untuk Pemangkuan 1-7 Asas Perakuan Pemangkuan 1-7 Kekananan 1-8 Tarikh Kuat kuasa Pemangkuan 1-9 Elaun Pemangkuan 1-9 Penempatan Pegawai Diluluskan Pemangkuan 1-11 Calon Simpanan 1-11 Pegawai Yang Menolak Tawaran Pemangkuan 1-12 Perubahan Pemangkuan 1-12 Penarikan Balik Pemangkuan 1-12 Penamatan Pemangkuan 1-13 7. KENAIKAN PANGKAT Peraturan dan Prinsip Kenaikan Pangkat 1-13 Syarat-Syarat Kenaikan Pangkat 1-15 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 1-15 Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 1-15 Jawatan Untuk Kenaikan Pangkat 1-17 i

ii  Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku 1-18 Tarikh Kenaikan Pangkat 1-18 Pegawai Gagal Dinaikkan Pangkat 1-19 Calon Simpanan 1-19 Penarikan Balik Kenaikan Pangkat 1-19 8. KAEDAH PELAKSANAAN 1 - 20 9. RAYUAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT Syarat Mengemukakan Rayuan 1-20 Pegawai Yang Merayu 1-20 Peranan Ketua Jabatan 1-21 Peranan Urus Setia 1-21 Keputusan Rayuan 1-21

ix  SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT LAMPIRAN A Kaedah Perkiraan Elaun Pemangkuan 1-23 LAMPIRAN B Kaedah Pelaksanaan Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat 1-26 B1 Contoh Format Iklan 1-35 B2 Contoh Permohonan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat 1-37 B3 Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan 1-39 B4 Contoh Penubuhan dan Pelantikan Panel Temu Duga 1-40 B5 (i) Contoh Format Perakuan Pemangkuan Calon Individu 1-41 (ii) Contoh Format Perakuan Kenaikan Pangkat Calon Individu 1-42 B6 Contoh format Kertas Perakuan Pemangkuan/Kenaikan Pangkat Secara Berkumpulan (Lebih Daripada Seorang Calon). 1-43 Lampiran A Senarai Kekosongan Jawatan 1-45 Lampiran B(i), (ii) dan (iii) Maklumat Pegawai Yang Dipertimbangkan Mengikut Ke Kananan 1 - 46 hingga 1-48 Lampiran C(i) Senarai Pegawai Yang Diperakukan Kenaikan Pangkat 1-49 Lampiran C(ii) Senarai Pegawai Yang Diperakukan Pemangkuan 1-50 B7 (i) Contoh Surat Iringan Keputusan Lembaga Kepada Kementerian (Urusan Pemangkuan) 1-51 Lampiran A Senarai Pegawai Yang Diluluskan Pemangkuan 1-53 Lampiran B Senarai Pegawai Yang Tidak Diluluskan Pemangkuan 1-54 (ii) Contoh Surat Arahan Penempatan Pemangkuan 1-55 (iii) Contoh Surat Pemberitahuan Pemangkuan (Calon Simpanan) 1-57 (iv) Contoh Surat Pemberitahuan Pemangkuan (Calon Tidak Berjaya) 1-58 B8 (i) Contoh Surat Iringan Keputusan Lembaga (Kenaikan Pangkat) Kepada Kementerian 1-59

x  Lampiran A Senarai Pegawai Yang Diluluskan Kenaikan Pangkat 1-60 (ii) Contoh Surat Penyiaran Di Bawah Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 1-61 (iii) Contoh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat (Calon Simpanan) 1-62 (iv) Contoh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat (Calon Tidak Berjaya) 1-63 LAMPIRAN C Prosedur Rayuan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat 1-64 C1 Format Rayuan 1-65

 1-1 PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan panduan ini ialah untuk menjelaskan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam yang telah dikemaskini. LATAR BELAKANG 2. Urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. Di samping itu, beberapa Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran turut dijadikan panduan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun buat masa ini tiada panduan pengurusan yang khusus mengenai urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan bagi perkhidmatan awam. TAFSIRAN 3. Bagi maksud panduan ini: "anggota" ertinya ahli Lembaga Kenaikan Pangkat atau Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan yang berkenaan; "jawatan kumpulan" ertinya jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai berkenaan sementara menunggu penempatan yang sesuai;

 1-2 "jawatan sementara" ertinya jawatan yang diwujudkan untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu bagi suatu tempoh yang tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan sebagai jawatan sementara; "jawatan simpanan latihan" ertinya jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai yang bercuti kerana berkursus / belajar melebihi setahun; "jawatan terbuka" ertinya jawatan tetap dan grednya telah ditentukan yang boleh diisi oleh pegawai yang sesuai dari mana-mana skim dan / atau perkhidmatan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat; "kekananan" ertinya susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama; "kenaikan pangkat" ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat; “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai itu; "Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan di peringkat Kementerian / Jabatan Persekutuan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; "Ketua Perkhidmatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan;

 1-3 "Lembaga" ertinya Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan; "Lembaga Rayuan" ertinya Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan; "pegawai" ertinya pegawai yang dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya berkenaan; "pemangkuan" ertinya pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat; dan "Urus setia" ertinya mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit di sesebuah kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat. 4. Oleh kerana istilah rayuan pemangkuan dan rayuan kenaikan pangkat melibatkan proses serta prosedur yang sama, maka bagi maksud penjelasan dalam pekeliling perkhidmatan ini, hanya istilah “rayuan” yang akan digunakan. Ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut secara serentak dan berulang-ulang. 5. Pengurusan kenaikan pangkat secara umumnya melibatkan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan. PEMANGKUAN Tujuan Pemangkuan 6. Pemangkuan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi yang

 1-4 menjadi asas penilaian sebelum pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred berkenaan. Jenis Pemangkuan 7. Terdapat dua jenis pemangkuan iaitu: (a) pemangkuan ke gred di mana pemangkuan ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan; dan (b) pemangkuan ke jawatan di mana pemangkuan ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Peraturan Dan Prinsip Pemangkuan 8. Peraturan 44 dan Peraturan 45, P.U.(A) 176/2005 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan, boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga, diarah memangku jawatan yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama. Pegawai yang memangku layak dibayar Elaun Pemangkuan. Syarat-Syarat Pemangkuan 9. Bagi tujuan pemangkuan, syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (d) bebas dari hukuman tatatertib; (e) telah mengisytiharkan harta; (f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (g) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan (h) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.

 1-5 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 10. Pegawai yang telah memenuhi syarat di perenggan 9 layak dipertimbangkan pemangkuan termasuk pegawai-pegawai berikut: (a) pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara; (b) pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; (c) pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; dan (d) pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga. Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 11. Pegawai berikut tidak layak dipertimbangkan pemangkuan: (a) tidak memenuhi syarat di perenggan 9; atau (b) telah dikenakan hukuman tatatertib. 12. Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan Ceraian UP.3.1.6, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut: Bil. Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan (a) Amaran 12 bulan (b) Denda 18 bulan (c) Lucut Hak Emolumen 24 bulan (d) Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan (e) Turun Gaji 36 bulan (f) Turun Pangkat 48 bulan Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan pemangkuan ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan.

 1-6 13. Bagi pegawai yang dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib dalam satu pertuduhan tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat. Contoh kes: pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran dan denda bagi satu pertuduhan yang sama, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan hukuman yang lebih berat iaitu 18 bulan bagi hukuman denda. 14. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib dan kemudian menerima hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib yang lain dalam tempoh hukuman yang lain masih berjalan, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah mengikut tempoh hukuman berakhir. Contoh kes: Pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran bagi kes pertama dan kemudiannya dikenakan hukuman tatatertib turun gaji bagi kes kedua, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah tempoh keseluruhan hukuman berakhir. Kes Tatatertib Pertama : Hukuman Amaran Kes Tatatertib Kedua : Hukuman Turun Gaji Tarikh hukuman dijatuhkan 20 Januari 2009 Tarikh hukuman dijatuhkan 4 Februari 2009 Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 12 bulan Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 36 bulan Tarikh berakhir tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 19 Januari 2010 Tarikh berakhir tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 3 Februari 2012 Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat mulai 20 Januari 2009 dan akan berakhir pada 3 Februari 2012. Amaran (12 bulan) 19 Januari 2010 20 Januari 2009 Pertindihan tempoh hukuman 4 Februari 2009 Turun Gaji (36 bulan) 3 Februari 2012

 1-7 Jawatan Untuk Pemangkuan 15. Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan pemangkuan adalah seperti berikut: (a) jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan; (b) jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim perkhidmatan lain atau bertukar; (c) jawatan yang kosong secara operasi melebihi 6 bulan disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan (d) jawatan yang skim perkhidmatan tidak mensyaratkan kekosongan seperti skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi. 16. Selain jawatan tetap, jawatan sementara boleh diisi bagi tujuan pemangkuan. Jawatan terbuka, jawatan simpanan latihan dan jawatan kumpulan tidak boleh digunakan untuk tujuan pemangkuan. Asas Perakuan Pemangkuan 17. Pertimbangan pemangkuan seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai untuk pemangkuan, Lembaga hendaklah mengambil kira: (a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai; (b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai; (c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan (d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan negara.

 1-8 18. Lembaga juga boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan, antaranya: (a) kebolehan dan potensi pegawai dengan jawatan kenaikan pangkat yang dinilai melalui kaedah-kaedah lain seperti temu duga, peperiksaan atau Pusat Penilaian (Assessment Centre); (b) kriteria penilaian khas berkaitan dengan bidang kerja seperti kriteria kecemerlangan atau penyelidikan; (c) personaliti dan tingkah laku yang baik serta kebolehan mewujudkan perhubungan yang harmoni; dan (d) kesesuaian dan penerimaan Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. 19. Jika terdapat dua atau lebih pegawai yang diputuskan sama dari segi merit, Lembaga hendaklah mengambil kira kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai dalam memberi pertimbangan pemangkuan seseorang pegawai. 20. Lembaga juga boleh mengambil kira perakuan yang dibuat oleh jawatankuasa ‘Search Committee’ yang ditubuhkan mengikut Ceraian UP.6.1.1 atau peraturanperaturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk menimbang pemangkuan ke Gred 48 dan ke atas bagi mengisi jawatan strategik. Kekananan 21. Pegawai akan hilang kekananan atas sebab faktor-faktor berikut: (a) pelanjutan tempoh percubaan dengan denda; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan; dan / atau (c) pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya.

 1-9 22. Dalam keadaan di perenggan 21, kekananan pegawai akan hilang selama tempoh: (a) percubaan dengan denda yang dilanjutkan; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan / atau (c) pegawai dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain itu. 23. Keutamaan pemangkuan boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah melepasi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkenaan. Tarikh Kuat Kuasa Pemangkuan 24. Tarikh kuat kuasa pemangkuan seseorang pegawai adalah pada tarikh pegawai melaporkan diri untuk melaksanakan tugas jawatan yang dipangku atau pada tarikh lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan syarat terdapat kekosongan jawatan. Elaun Pemangkuan 25. Pegawai yang sedang memangku layak dibayar elaun pemangkuan mengikut syarat seperti berikut: (a) pegawai hendaklah memangku selama dua puluh lapan (28) hari berturutturut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am. Dalam tempoh pemangkuan ini, pegawai boleh mengambil cuti rehat atau cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja bagi tempoh dua puluh lapan (28) hari pertama; dan (b) seseorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang disyaratkan di perenggan 25 (a) dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama dua puluh lapan (28) hari atau lebih berturut-turut, termasuk hari kelepasan am, maka pegawai berkenaan tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi tempoh tersebut. (c) Walau apapun di 25 (b), pegawai masih layak dibayar Elaun Pemangkuan dalam keadaan berikut: (i) menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan; (i) meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan; atau (ii) dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit; dengan syarat tempoh tersebut tidak melebihi sembilan puluh dua (92) hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am.

 1-10 26. Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan gaji tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah. 27. Pemangkuan yang kurang dari enam (6) bulan bagi sesuatu jawatan tidak dibenarkan, kecuali bagi jawatan-jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja. 28. Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat: (a) perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji biasa, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku; dan (b) sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku. Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan adalah seperti di Lampiran A. 29. Sekiranya Ketua Jabatan mengkehendaki pegawai menyelesaikan tugas di jawatan yang terdahulu atas kepentingan perkhidmatan dengan kelulusan Ketua Jabatan barunya, pegawai bolehlah menyelesaikan tugas di jawatan lamanya untuk tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am. Sekiranya pegawai dibenar menangguhkan tarikh melaporkan diri, maka tarikh kuat kuasa pemangkuannya adalah kekal. Walau bagaimanapun, elaun pemangkuan hanya layak dibayar mulai tarikh pegawai menjalankan tugas yang dipangku secara sepenuh masa.

 1-11 30. Jika tempoh penangguhannya melebihi empat belas (14) hari, tarikh kuat kuasa pemangkuan pegawai adalah mulai tarikh pegawai kembali melaporkan diri dan melaksanakan tugas sepenuh masa di jawatan yang dipangku. 31. Walau apapun peruntukan di perenggan 29 dan 30, tarikh kuat kuasa pemangkuan tidak berubah dalam keadaan pegawai diluluskan cuti seperti berikut: (a) cuti haji; (b) cuti belajar bergaji penuh, cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji; dan (c) cuti bersalin. 32. Elaun pemangkuan layak dibayar mulai tarikh pegawai melaksanakan tugas sepenuh masa di jawatan yang dipangku tertakluk kepada perenggan 25. Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Pemangkuan 33. Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan pemangkuan dan penempatan kepada pegawai yang telah diluluskan pemangkuan untuk ditempatkan di jawatan kenaikan pangkat yang kosong. Bagi pegawai yang tidak berjaya dalam urusan pemangkuan, pemberitahuan juga hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. Calon Simpanan 34. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan pegawai menolak tawaran pemangkuan, pertambahan jawatan atau atas apa-apa sebab lain, pengisian kekosongan jawatan tersebut boleh dibuat dari senarai calon simpanan seperti yang telah diluluskan oleh Lembaga. 35. Tempoh sah laku calon simpanan tersebut ialah enam (6) bulan dari tarikh mesyuarat Lembaga. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan boleh memohon pertimbangan Lembaga untuk melanjutkan tempoh tersebut tidak lebih dari enam (6) bulan lagi dengan mengemukakan permohonan kepada urus setia

 1-12 Lembaga dua (2) bulan sebelum tamat tempoh sah laku calon simpanan. Arahan pemangkuan kepada pegawai hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku yang berkenaan. Pegawai Yang Menolak Tawaran Pemangkuan 36. Lembaga boleh mengenakan penalti kepada pegawai yang menolak tawaran pemangkuan dengan tidak menimbangkan pemangkuan pegawai tersebut bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan / tarikh melaporkan diri yang ditetapkan atau satu urusan, yang mana terkemudian. Perubahan Pemangkuan 37. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang sedang memangku atas sesuatu jawatan dan dikehendaki memangku di jawatan yang lain, perubahan pemangkuan hendaklah mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu. Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan, perubahan pemangkuan ke gred yang sama di jawatan yang lain tidak perlu mendapat kelulusan Lembaga. Penarikan Balik Pemangkuan 38. Lembaga boleh menarik balik pemangkuan seseorang pegawai jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada Lembaga setelah keputusan pemangkuan pegawai itu dibuat. Sebelum penarikan balik pemangkuan dibuat oleh Lembaga, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kesahihan kesilapan fakta tersebut. 39. Keputusan penarikan balik pemangkuan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai melalui Ketua Jabatannya dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat Lembaga.

 1-13 Penamatan Pemangkuan 40. Lembaga boleh menamatkan pemangkuan seseorang pegawai atas sebab- sebab berikut: (a) telah dikenakan hukuman tatatertib; (b) prestasi yang tidak memuaskan dalam tempoh pemangkuan; (c) tidak berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat kerana tidak memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; (d) perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai tidak sesuai dengan tugas di gred yang dipangku; atau (e) permohonan daripada pegawai kerana tidak dapat melaksanakan tugas jawatan yang dipangku. 41. Tarikh kuat kuasa penamatan pemangkuan adalah pada tarikh yang ditentukan oleh Lembaga. KENAIKAN PANGKAT Peraturan Dan Prinsip Kenaikan Pangkat 42. Pertimbangan kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai untuk kenaikan pangkat, Lembaga hendaklah mengambil kira: (a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai; (b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai; (c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan (d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan negara.

 1-14 43. Lembaga juga boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan, antaranya: (a) kebolehan dan potensi pegawai dengan jawatan kenaikan pangkat yang dinilai melalui kaedah-kaedah lain, contohnya temu duga, peperiksaan atau Pusat Penilaian (Assessment Centre); (b) kriteria penilaian khas berkaitan dengan bidang kerja seperti kecemerlangan atau penyelidikan; (c) personaliti dan tingkah laku yang baik dan kebolehan mewujudkan perhubungan yang harmoni dengan semua pihak; atau (d) kesesuaian dan penerimaan Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. 44. Jika terdapat dua atau lebih pegawai yang diputuskan sama dari segi merit, Lembaga hendaklah mengambil kira kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai dalam memberi pertimbangan kenaikan pangkat seseorang pegawai. 45. Pegawai akan hilang kekananan atas sebab faktor-faktor berikut: (a) pelanjutan tempoh percubaan dengan denda; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan; dan / atau (c) pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya. 46. Dalam keadaan di perenggan 45, kekananan pegawai akan hilang selama tempoh: (a) percubaan dengan denda yang dilanjutkan; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan / atau (c) dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain itu. 47. Lembaga juga boleh mengambil kira perakuan yang dibuat oleh jawatankuasa ‘Search Committee’ yang ditubuhkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 atau peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

 1-15 Syarat-Syarat Kenaikan Pangkat 48. Syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan adalah seperti berikut: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; (d) diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (e) bebas daripada hukuman tatatertib; (f) telah mengisytiharkan harta; (g) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (h) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan (i) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga. Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 49. Pegawai yang telah memenuhi syarat di perenggan 48 layak dipertimbangkan kenaikan pangkat termasuk pegawai berikut: (a) pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara; (b) pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; (c) pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; (d) pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan (e) pegawai yang telah memangku (jika disyaratkan oleh Lembaga) termasuk pegawai yang telah bersara atau meninggal dunia. Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 50. Pegawai berikut adalah tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat : (a) pegawai tidak memenuhi syarat di perenggan 48; (b) pegawai bukan lantikan tetap;

 1-16 (c) pegawai yang memangku dan kemudiannya dibersarakan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam; dan (d) pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib. 51. Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan Ceraian UP.3.1.6, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut: Bil. Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat i. Amaran 12 bulan ii. Denda 18 bulan iii. Lucut Hak Emolumen 24 bulan iv. Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan v. Turun Gaji 36 bulan vi. Turun Pangkat 48 bulan Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan. 52. Bagi pegawai yang dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib dalam satu pertuduhan tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran dan denda bagi satu pertuduhan yang sama, tempoh tidak layak dinaikkan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat iaitu tempoh lapan belas (18) bulan bagi hukuman denda. 53. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib dan kemudian menerima hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib yang lain dalam tempoh hukuman yang lain masih berjalan, tempoh tidak layak dipertimbangkan

 1-17 kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir. Contoh kes: Pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran bagi kes pertama dan kemudiannya dikenakan hukuman tatatertib turun gaji bagi kes kedua, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir. Kes Tatatertib Pertama : Hukuman Amaran Kes Tatatertib Kedua : Hukuman Turun Gaji Tarikh hukuman dijatuhkan 20 Januari 2009 Tarikh hukuman dijatuhkan 4 Februari 2009 Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 12 bulan Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 36 bulan Tarikh berakhir tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 19 Januari 2010 Tarikh berakhir tempoh tidak layak dinaikkan pangkat 3 Februari 2012 Tempoh tidak layak dinaikkan pangkat mulai 20 Januari 2009 dan akan berakhir pada 3 Februari 2012. Amaran (12 bulan) 19 Januari 2010 20 Januari 2009 Pertindihan tempoh hukuman 4 Februari 2009 Turun Gaji (36 bulan) 3 Februari 2012 Jawatan Untuk Kenaikan Pangkat 54. Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat hendaklah memenuhi kriteria berikut: (a) jawatan yang ditetapkan skim perkhidmatannya; (b) jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan; (c) jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak

 1-18 jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau dilantik ke skim perkhidmatan lain; dan (d) jawatan yang skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan kekosongan antaranya skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi. 55. Selain jawatan tetap yang kosong secara hakiki, jawatan yang kosong secara operasi disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji tidak boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat. 56. Selain itu, jawatan sementara, jawatan terbuka, jawatan kumpulan dan jawatan simpanan latihan juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat. Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku 57. Bagi pegawai yang sedang memangku, Ketua Jabatan boleh memperakukan kenaikan pangkat setelah pegawai memangku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekiranya berpuas hati dengan prestasi pegawai di gred yang dipangku dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di perenggan 48. Tarikh Kenaikan Pangkat 58. Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga yang berkenaan berdasarkan kaedah berikut: (a) tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan jawatan atau tarikh pegawai itu layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, yang mana terkemudian. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut hendaklah tidak lebih awal dari tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi gred yang sama dalam urusan sebelumnya; (b) bagi kenaikan pangkat ke jawatan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi), tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal dari tarikh pegawai diluluskan memangku jawatan tersebut;

 1-19 (c) tertakluk kepada perenggan (a) dan (b), Lembaga boleh menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai semasa pegawai dalam tempoh bercuti sekiranya Lembaga berpendapat pegawai adalah layak dan sesuai dinaikkan pangkat pada tarikh tersebut; dan (d) bagi pegawai yang gagal dinaikkan pangkat dan dilanjutkan pemangkuannya, tarikh kenaikan pangkat pegawai dalam satu urusan kenaikan pangkat yang lain hendaklah tidak lebih awal daripada tarikh pemangkuan yang dilanjutkan. Pegawai Gagal Dinaikkan Pangkat 59. Pegawai yang sedang memangku tetapi gagal dinaikkan pangkat, Lembaga boleh meluluskan untuk meneruskan pemangkuan atau menamatkan pemangkuannya berdasarkan perakuan Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. Calon Simpanan 60. Bagi urusan kenaikan pangkat tanpa pemangkuan, calon simpanan boleh dinaikkan pangkat sekiranya terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat dengan mendapat kelulusan Lembaga. Tawaran kenaikan pangkat hendaklah mengikut susunan merit seperti yang telah diluluskan oleh Lembaga. Tempoh sah laku calon simpanan ialah enam (6) bulan dari tarikh Mesyuarat Lembaga. Walau bagaimanapun, Ketua Perkhidmatan boleh memohon pertimbangan Lembaga untuk melanjutkan tempoh tersebut tidak lebih dari enam (6) bulan lagi dengan mengemukakan permohonan dua (2) bulan sebelum tempoh sah laku calon simpanan tamat. Arahan kenaikan pangkat pegawai hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku yang berkenaan. Penarikan Balik Kenaikan Pangkat 61. Lembaga boleh menarik balik kenaikan pangkat seseorang pegawai jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada Lembaga setelah keputusan kenaikan pangkat pegawai itu dibuat. Sebelum penarikan balik kenaikan pangkat dibuat oleh Lembaga, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kebenaran

 1-20 kesilapan fakta tersebut dan jika perlu pegawai boleh dikehendaki memberikan penjelasan terhadap kesilapan fakta itu. 62. Keputusan penarikan balik kenaikan pangkat hendaklah diberitahu kepada pegawai melalui Ketua Jabatannya dengan segera. KAEDAH PELAKSANAAN 63. Kaedah pelaksanaan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dijelaskan seperti di Lampiran B. RAYUAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT 64. Mana-mana pegawai yang dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat oleh Lembaga dan terkilan dengan keputusan Lembaga, boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan yang berkenaan. Syarat Mengemukakan Rayuan Pegawai Yang Merayu 65. Setiap pegawai yang hendak merayu terhadap sesuatu keputusan Lembaga, perlu mematuhi perkara berikut: (a) rayuan dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga diberitahu kepada pegawai; dan (b) rayuan dikemukakan kepada Lembaga Rayuan melalui Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dan Ketua Jabatan. 66. Kegagalan pegawai mengemukakan rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga diberitahu kepada pegawai boleh menyebabkan rayuan pegawai tidak dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan.

 1-21 Peranan Ketua Jabatan 67. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan rayuan pegawai kepada Pengerusi Lembaga yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh rayuan pegawai diterima berserta dengan dokumen berikut: (a) surat rayuan pegawai; (b) format rayuan yang mengandungi ringkasan maklumat perkhidmatan pegawai; dan (c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan terkini. Dokumen rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat adalah seperti di Lampiran C. Peranan Urus Setia 68. Urus setia sesuatu Lembaga apabila menerima rayuan daripada pegawai yang merayu hendaklah menyediakan ulasan mengenai alasan bagaimana Lembaga telah mencapai keputusannya. 69. Urus setia setelah mendapat ulasan daripada Pengerusi Lembaga yang berkenaan atau anggota yang diwakilkannya untuk berbuat demikian, hendaklah mengemukakan rayuan tersebut kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh rayuan diterima berserta dokumen-dokumen berikut: (a) dokumen di perenggan 67; (b) ulasan Pengerusi Lembaga; dan (c) minit Mesyuarat Lembaga. Keputusan Rayuan 70. Keputusan Lembaga Rayuan hendaklah diberitahu kepada pegawai yang merayu melalui Ketua Jabatannya dengan segera. Sekiranya pegawai berjaya dalam rayuannya, keputusan hendaklah dicatatkan dalam rekod perkhidmatan. Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

 1-22 71. Minit mesyuarat Lembaga Rayuan hendaklah disimpan oleh urus setia Lembaga Rayuan yang berkenaan. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 30 Jun 2010

 1-23 LAMPIRAN A KAEDAH PERKIRAAN ELAUN PEMANGKUAN 1. Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan (P1T1) dalam jadual matriks gred jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai. Sekiranya jumlah perbezaan itu sama atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut. Contoh Jurutera Gred J41 memangku Gred J44 (a) Gaji hakiki pegawai di Gred J41 = RM2547.45(P1T6) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa Di Gred J41 = (P1T7) – (P1T6) = RM2639.29 – RM2547.45 = RM91.84 (c) Gaji permulaan di Gred J44 = RM3026.12 (P1T1) (d) Perbezaan (c) – (a) = = = [P1T1(J44)] – [P1T6(J41)] RM 3026.12 - RM2547.45 RM478.67 [lebih daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya (J41)] Elaun Pemangkuan = RM478.67 [Perbezaan gaji permulaan gred jawatan yang dipangku (J44) dengan gaji hakiki pegawai (J41)]

 1-24 2. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, atau tiada perbezaan sama sekali, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji gred jawatan yang dipangku. Contoh Pegawai Perubatan Gred UD44 memangku Gred UD48 (a) Gaji hakiki pegawai di Gred UD44 = RM4368.90 (P2T7) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa = di Gred UD44 = = (P2T8) – (P2T7) RM4537.27 – RM4368.90 RM168.37 (c) Gaji permulaan Gred UD48 = RM4431.54 (P1T1) (d) Satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred UD48 = (P1T2) – (P1T1) = RM4638.87 – RM4431.54 = RM207.33 (e) Perbezaan (c) – (a) = = = [P1T1(UD48)] – [P2T7(UD44)] RM4431.54 – RM4368.90 RM62.64 [kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya (UD44)] (f) Elaun Pemangkuan = RM207.33 (satu pergerakan gaji biasa di atas gred jawatan yang dipangku)

 1-25 3. Jika gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku. Contoh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 memangku Gred DG52. (a) Gaji hakiki pegawai di Gred DG48 = RM5370.80 (P1T6) (b) Gaji permulaan Gred DG52 = RM4900.47 (P1T1) (c) Perbezaan (b) – (a) = = = [P1T1)DG52]-P1T6(DG48)] RM4900.47 - RM5370.80 (RM470.33) Gaji hakiki pegawai melebihi gaji permulaan gred jawatan yang dipangku. (d) Elaun Pemangkuan = = = [P1T2(DG52)] – [P1T1(DG52)] RM5103.63 – RM4900.47 RM203.16 (satu pergerakan gaji biasa di atas gred jawatan yang dipangku).

 1-26 LAMPIRAN B KAEDAH PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT PENDAHULUAN 1. Pemangkuan dan kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah dengan kelulusan Lembaga. Seseorang pegawai boleh diarah memangku sesuatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya terlebih dahulu untuk tempoh tertentu sekiranya Lembaga menetapkan seseorang pegawai perlu memangku sebelum dinaikkan pangkat. KAEDAH PELAKSANAAN 2. Sebelum sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat dilaksanakan, hendaklah dipastikan keanggotaan Lembaga adalah mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010] atau peraturan- peraturan lain yang sedang berkuat kuasa. Jika keanggotaan Lembaga perlu dilantik, maka pelantikannya hendaklah dibuat terlebih dahulu sebagaimana diperuntukkan dalam peraturan berkenaan. 3. Urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat boleh dilaksanakan mengikut dua (2) peringkat seperti berikut: (a) peringkat perancangan; dan (b) peringkat pelaksanaan: (i) penyediaan kertas cadangan tapisan calon; (ii) penyediaan kertas cadangan pemangkuan / kenaikan pangkat; (iii) pertimbangan Lembaga; dan (iv) pemberitahuan keputusan Lembaga.

 1-27 3.1. Peringkat Perancangan Di peringkat ini, tindakan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: (a) mengenal pasti jawatan yang telah dan akan kosong. Menyediakan maklumat lengkap mengenai kekosongan jawatan tersebut dari segi skim perkhidmatan dan gred jawatan, tarikh kekosongan, sebab kekosongan, tempat kekosongan dan syarat kenaikan pangkat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan; (b) jika perlu, menetapkan kaedah penapisan calon dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat. Tujuan penapisan calon adalah untuk mendapat nisbah yang munasabah di antara bilangan jawatan kosong dengan bilangan calon yang hendak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat. Antara kaedah- kaedah tapisan yang boleh digunakan ialah: (i) temu duga; (ii) Pusat Penilaian (Assesment Centre); (iii) tempoh perkhidmatan / kekananan; (iv) penilaian tahap kecekapan; (v) tahap markah penilaian prestasi; (vi) ujian / peperiksaan; (vii) kursus; dan (viii) kaedah lain mengikut kesesuaian perkhidmatan. (c) menetapkan kaedah pemberitahuan urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang hendak digunakan, iaitu sama ada urusan dilaksanakan melalui iklan atau tanpa iklan; dan (d) menyediakan jadual pelaksanaan urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat termasuk menetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat Lembaga.

 1-28 Kaedah penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang digunakan hendaklah mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat terlebih dahulu. 3.2. Peringkat Pelaksanaan 3.2.1 Penyediaan Kertas Cadangan Penapisan Calon Tindakan yang perlu dilakukan di peringkat penyediaan kertas cadangan penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat adalah seperti berikut: (a) menyediakan kertas cadangan mengenai kaedah penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga; (b) jika urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat dibuat secara iklan, format seperti di Lampiran B1 boleh diguna pakai untuk memastikan hanya calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan sahaja mengemukakan permohonan. Contoh borang permohonan pemangkuan / kenaikan pangkat seperti di Lampiran B2. Contoh surat akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan seperti di Lampiran B3; (c) jika Pengerusi Lembaga bersetuju menggunakan kaedah tapisan secara temu duga untuk penapisan calon, tindakan berikut hendaklah dilaksanakan, iaitu: (i) menetapkan kriteria penilaian yang akan digunakan oleh Panel Temu duga; (ii) mengenal pasti anggota Panel Temu duga berpandukan Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat yang sedang berkuat kuasa. Pelantikan Panel Temu duga dibuat oleh Pengerusi Lembaga yang berkenaan sebelum sesuatu urusan temu duga dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy