Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-7 Syarat Kekompetenan 9. Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi, dikecualikan daripada memenuhi syarat berkenaan. Namun begitu, pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK1 ini tidak boleh mengisi dan menjalankan tugas serta tidak layak diberi elaun yang memerlukan pegawai memiliki syarat kelayakan/ kemahiran berkaitan untuk menjalankan tugas di gred jawatan kenaikan pangkat sehingga memiliki kelayakan/ kemahiran seperti diperuntukkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. TEMPOH PERKHIDMATAN YANG DIAMBIL KIRA 10. Tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi tujuan penentuan TBK1: 10.1 bermula daripada tarikh lantikan tetap dalam skim perkhidmatan semasa; 10.2 bagi pegawai yang terlibat dengan opsyen pertukaran pelantikan berikutan keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama), tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan diambil kira; Contoh: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 yang telah berkhidmat selama 2 tahun yang ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19. Tempoh perkhidmatan 2 tahun di jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 boleh diambil kira. 10.3 pegawai yang ditukar lantik tanpa opsyen atas permohonan sendiri ke skim perkhidmatan dan gred yang sama yang berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan, tempoh perkhidmatan pegawai dalam skim perkhidmatan terdahulu boleh diambil kira;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy