Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-9 kemudian ditukar tetap ke agensi peminjam di gred lantikan yang sama/ setara, tempoh perkhidmatan sebelumnya boleh diambil kira; dan 10.7 pegawai yang berada di agensi awam yang diasingkan sistem saraannya dan memilih kekal dalam Sistem Saraan Malaysia, tempoh perkhidmatan sebelumnya boleh diambil kira. TEMPOH PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIAMBIL KIRA 11. Tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan TBK1: 11.1 tempoh percubaan dengan denda, tempoh hilang kekananan di gred semasa akibat daripada dikenakan hukuman tatatertib di gred tersebut, jumlah hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa kebenaran, semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Cuti Belajar Separuh Gaji; 11.2 pegawai yang dilantik melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) atau Peningkatan Secara Lantikan (PSL), tempoh perkhidmatan sebelumnya tidak diambil kira oleh kerana pegawai telah diberi peningkatan ke suatu gred yang lebih tinggi tarafnya; 11.3 pegawai yang memilih opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan yang lain pada gred lantikan yang lebih tinggi (kumpulan kelayakan masuk lebih tinggi), tempoh perkhidmatan sebelumnya tidak diambil kira kerana pegawai telah pun menikmati kenaikan ke gred yang lebih tinggi. Contoh: (a) Skim Perkhidmatan yang sama: Pemandu Kenderaan Gred R3, R6 yang ditukar lantik ke Pemandu Kenderaan Gred H11; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy