Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-1 LAMPIRAN UP.3.1.7(A) SYARAT DAN PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA DI GRED LANTIKAN (TBK1) PEGAWAI YANG LAYAK 1. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat TBK1 adalah seperti berikut: 1.1 pegawai yang dilantik secara tetap; 1.2 berada di gred lantikan dan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih dalam skim perkhidmatan semasa pada atau selepas 1 Julai 2013; 1.3 pegawai dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu yang berada di gred kenaikan pangkat yang setara dengan gred lantikan permulaan dalam sesuatu kumpulan kelayakan masuk; 1.4 pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Julai 2013 dan telah berkhidmat 13 tahun ke atas; 1.5 pegawai yang memilih untuk kekal dalam Sistem Saraan Baru (SSB)/ Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976), tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan di bawah SSB/ JKK 1976; dan 1.6 pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan jumud di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)/ SSB/ JKK 1976, tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy