Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 13 CERAIAN UP.3.1.3 KAEDAH PENGIRAAN ELAUN PEMANGKUAN BERIKUTAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pengiraan elaun pemangkuan berikutan pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-Maksimum di bawah Sistem Saraan Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Seperti mana yang dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, Jadual Gaji Matriks telah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) dan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) adalah ditetapkan antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kadar KGT adalah sebanyak 7% hingga 9% mengikut gred gaji pegawai. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016, kadar KGT bagi Pengurusan Tertinggi adalah sebanyak 9%. PELAKSANAAN 3. Prinsip dan syarat pembayaran Elaun Pemangkuan berikutan pelaksanaan JGMM adalah sama sepertimana prinsip dan syarat yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010. Elaun Pemangkuan bagi pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia mulai 1 Januari 2012 ialah: a) perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat perbezaan itu tidak kurang daripada kadar KGT gred hakiki pegawai; b) kadar KGT jawatan yang dipangku sekiranya perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar KGT gred hakiki pegawai; atau c) kadar KGT jawatan yang dipangku sekiranya gaji hakiki pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum jawatan yang dipangku. Contoh pengiraan Elaun Pemangkuan di Lampiran UP.3.1.3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy