Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-10 (b) Skim Perkhidmatan yang lain: Pembantu Meteorologi Gred C17 yang ditukar lantik ke Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29. PENETAPAN TARIKH KENAIKAN PANGKAT 12. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat bagi pegawai yang telah memenuhi syarat TBK1 ialah sehari selepas pegawai genap 13 tahun berkhidmat. Contoh 1: Tarikh lantik Gred N11 : 1 Ogos 2000 Tarikh genap 13 tahun : 31 Julai 2013 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred N14 : 1 Ogos 2013 Contoh 2: Tarikh lantik Gred W17 : 14 Mac 2005 Tarikh genap 13 tahun : 13 Mac 2018 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred W22 : 14 Mac 2018 Contoh 3: Tarikh lantik Gred C29 : 24 Januari 2017 Tarikh genap 13 tahun : 23 Januari 2030 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred C32 : 24 Januari 2030 PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT 13. Pegawai yang sedang memangku jawatan hakiki dan kemudiannya telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun, urusan kenaikan pangkat boleh dibuat segera tanpa perlu memenuhi syarat tempoh pemangkuan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah pada tarikh pemangkuan tertakluk pegawai memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 14. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan hendaklah dipertimbangkan bersama dengan pegawai yang dinaikkan pangkat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy