Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 36 UP.3.1.8 Penggunaan Laporan Penilaian Prestasi Khas 5. Borang LNPK ini boleh digunakan oleh Ketua Jabatan bagi tujuan berikut: (a) menilai prestasi seseorang pegawai yang akan dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah memangku sekurang-kurangnya enam (6) bulan. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan yang dipangku. Contohnya, Pegawai ‘A’ diarahkan memangku suatu gred jawatan yang lebih tinggi pada 1 Ogos 2008, pegawai akan dipertimbangkan kenaikan pangkat pada bulan Mac 2009 setelah memangku sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Pegawai perlu menyediakan LNPK kerana LNPT tahun 2008 tidak menilai prestasi pegawai atas jawatan yang dipangku; (b) menilai prestasi seseorang pegawai yang telah memangku melebihi enam (6) bulan dalam tahun semasa dan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum urusan penilaian prestasi tahunan bagi tahun tersebut dilaksanakan pada hujung tahun. Contohnya, Pegawai ‘A’ diarahkan memangku suatu gred jawatan yang lebih tinggi pada 1 Februari 2008, pegawai akan dipertimbangkan kenaikan pangkat pada bulan September 2008 setelah memangku sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Pegawai perlu menyediakan LNPK kerana LNPT bagi tahun 2008 hanya akan disediakan pada hujung tahun berkenaan; dan (c) kegunaan khas lain yang memerlukan selain LNPT seperti latihan, lantikan ke perkhidmatan lain, pelantikan kontrak, sementara, pinjaman, tukar sementara dan sebagainya, jika diperlukan. 6. Penentuan Pegawai Penilai (PP) perlu menepati syarat berikut: (a) mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD); (b) tempoh penyeliaan tidak kurang daripada enam (6) bulan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy