Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-13 Penamatan Pemangkuan 40. Lembaga boleh menamatkan pemangkuan seseorang pegawai atas sebab- sebab berikut: (a) telah dikenakan hukuman tatatertib; (b) prestasi yang tidak memuaskan dalam tempoh pemangkuan; (c) tidak berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat kerana tidak memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; (d) perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai tidak sesuai dengan tugas di gred yang dipangku; atau (e) permohonan daripada pegawai kerana tidak dapat melaksanakan tugas jawatan yang dipangku. 41. Tarikh kuat kuasa penamatan pemangkuan adalah pada tarikh yang ditentukan oleh Lembaga. KENAIKAN PANGKAT Peraturan Dan Prinsip Kenaikan Pangkat 42. Pertimbangan kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai untuk kenaikan pangkat, Lembaga hendaklah mengambil kira: (a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai; (b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai; (c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan (d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy