Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 32 UP.3.1.7 PEREKODAN KEPUTUSAN 23. Semua Keputusan Penilaian Kecemerlangan TBK1 dan TBK2 hendaklah direkodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti berikut: PEMAKLUMAN KEPUTUSAN 24. Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat sama ada pegawai berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang terlibat dengan urusan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. PENYELIAAN DAN PANGKAT 25. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK1 atau TBK2 masih tertakluk kepada penyeliaan pegawai yang mengisi jawatan kenaikan pangkat (hakiki) berdasarkan struktur organisasi. 26. Bagi perkhidmatan beruniform, Ketua Perkhidmatan, jika ada keperluan, boleh membezakan tanda pangkat pegawai mengikut kesesuaian antara pegawai yang dinaikkan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan dan yang mengisi jawatan kenaikan pangkat (hakiki). PENEMPATAN DAN PERTUKARAN 27. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK1 atau TBK2 boleh diarah oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan di gred kenaikan pangkat secara hakiki.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy