Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 4 CERAIAN UP.3.1.1 PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. 3. Dasar dan peraturan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti berikut: (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993 - Peraturan Mengenai Pemangkuan dan Penanggungan Kerja; (b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1986 - Penyiaran Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat; (c) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP 134/1 Klt. 5 (13) bertarikh 24 Oktober 1997 – Kaedah Baru Pengendalian Urusan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan ke Gred 2 dan Gred 1 Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (Tidak Termasuk Anggota Polis, Tentera dan Pegawai Undang-Undang); dan (d) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.13 (21) bertarikh 6 Mac 2007 - Kaedah Pemangkuan Melangkaui Gred.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy