Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-51 SULIT LAMPIRAN B7 (i) CONTOH SURAT IRINGAN KEPUTUSAN LEMBAGA KEPADA KEMENTERIAN (URUSAN PEMANGKUAN) Ruj. Kami : Tarikh : Ketua Setiausaha Kementerian AAAA Bahagian Sumber Manusia PUTRAJAYA (u.p.: En. ABC bin YYY) Tuan, KEPUTUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI …………………………………….. GRED ……........... KE GRED ….. DI KEMENTERIAN ........... Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat tuan bil. ………. bertarikh …….. berhubung perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil..…. Tahun …. pada …… telah bersetuju meluluskan pemangkuan ……..(bil. pegawai) ……….. (skim perkhidmatan) Gred ….. ke Gred …… di Kementerian .......... mulai tarikh diarah tetapi tidak lebih awal dari tarikh Lembaga bersidang dengan dibayar elaun memangku. ……..(bil. pegawai) yang diluluskan sebagai calon simpanan seperti di Lampiran A. Bagi ……… (bil. Pegawai) yang tidak berjaya adalah seperti di Lampiran B. Kelulusan tertakluk kepada pegawai lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (jika berkaitan). Surat penyiaran keputusan pegawai-pegawai berkenaan disertakan untuk tindakan tuan sewajarnya. 3. Dipohon kerjasama tuan untuk memasukkan ayat berikut dalam surat penyiaran pemangkuan kepada pegawai: “Sepanjang tempoh pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang- kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dengan tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy