Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-12 20. Panel Rayuan hendaklah bermesyuarat bagi meneliti rayuan pegawai dan ulasan Pegawai Penilai untuk mencapai satu keputusan bagi penilaian semula time-based berasaskan kecemerlangan. Keputusan dinyatakan melalui Borang Penilaian Semula Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama seperti di Lembaran UP.3.1.7(A3). Keputusan Panel Rayuan bagi urusan rayuan tersebut adalah muktamad. 21. Pengerusi Panel Rayuan hendaklah mengemukakan keputusan penilaian semula kepada Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan. 22. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat disebabkan tidak mencapai sekurang-kurangnya tahap BAIK walaupun setelah rayuan dibuat, penilaian baru melalui Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama hanya boleh dibuat selepas enam (6) bulan daripada tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy