Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-9 22. Dalam keadaan di perenggan 21, kekananan pegawai akan hilang selama tempoh: (a) percubaan dengan denda yang dilanjutkan; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan / atau (c) pegawai dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain itu. 23. Keutamaan pemangkuan boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah melepasi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkenaan. Tarikh Kuat Kuasa Pemangkuan 24. Tarikh kuat kuasa pemangkuan seseorang pegawai adalah pada tarikh pegawai melaporkan diri untuk melaksanakan tugas jawatan yang dipangku atau pada tarikh lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan syarat terdapat kekosongan jawatan. Elaun Pemangkuan 25. Pegawai yang sedang memangku layak dibayar elaun pemangkuan mengikut syarat seperti berikut: (a) pegawai hendaklah memangku selama dua puluh lapan (28) hari berturutturut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am. Dalam tempoh pemangkuan ini, pegawai boleh mengambil cuti rehat atau cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja bagi tempoh dua puluh lapan (28) hari pertama; dan (b) seseorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang disyaratkan di perenggan 25 (a) dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama dua puluh lapan (28) hari atau lebih berturut-turut, termasuk hari kelepasan am, maka pegawai berkenaan tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi tempoh tersebut. (c) Walau apapun di 25 (b), pegawai masih layak dibayar Elaun Pemangkuan dalam keadaan berikut: (i) menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan; (i) meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan; atau (ii) dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit; dengan syarat tempoh tersebut tidak melebihi sembilan puluh dua (92) hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy