Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-4 1. Sekiranya jumlah perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku. Contoh: 1. Pengiraan Elaun Pemangkuan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Penguasa Kastam Gred Utama C memangku Gred Utama B a) Gaji hakiki Gred Utama C = RM7,189.63 b) Kadar KGT Gred Utama C = 9% X RM7,189.63 = RM647.07 c) Gaji minimum Gred Utama B = RM7,788.05 d) Perbezaan (c) – (a) = RM7,788.05 – RM7,189.63 = RM598.42 (kurang daripada kadar KGT gred Utama C) e) Kadar KGT Gred Utama B = 9% X RM7,788.05 = RM700.92 f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah RM700.92 (kadar KGT Gred Utama B)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy