Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-19 (c) tertakluk kepada perenggan (a) dan (b), Lembaga boleh menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai semasa pegawai dalam tempoh bercuti sekiranya Lembaga berpendapat pegawai adalah layak dan sesuai dinaikkan pangkat pada tarikh tersebut; dan (d) bagi pegawai yang gagal dinaikkan pangkat dan dilanjutkan pemangkuannya, tarikh kenaikan pangkat pegawai dalam satu urusan kenaikan pangkat yang lain hendaklah tidak lebih awal daripada tarikh pemangkuan yang dilanjutkan. Pegawai Gagal Dinaikkan Pangkat 59. Pegawai yang sedang memangku tetapi gagal dinaikkan pangkat, Lembaga boleh meluluskan untuk meneruskan pemangkuan atau menamatkan pemangkuannya berdasarkan perakuan Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. Calon Simpanan 60. Bagi urusan kenaikan pangkat tanpa pemangkuan, calon simpanan boleh dinaikkan pangkat sekiranya terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat dengan mendapat kelulusan Lembaga. Tawaran kenaikan pangkat hendaklah mengikut susunan merit seperti yang telah diluluskan oleh Lembaga. Tempoh sah laku calon simpanan ialah enam (6) bulan dari tarikh Mesyuarat Lembaga. Walau bagaimanapun, Ketua Perkhidmatan boleh memohon pertimbangan Lembaga untuk melanjutkan tempoh tersebut tidak lebih dari enam (6) bulan lagi dengan mengemukakan permohonan dua (2) bulan sebelum tempoh sah laku calon simpanan tamat. Arahan kenaikan pangkat pegawai hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku yang berkenaan. Penarikan Balik Kenaikan Pangkat 61. Lembaga boleh menarik balik kenaikan pangkat seseorang pegawai jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada Lembaga setelah keputusan kenaikan pangkat pegawai itu dibuat. Sebelum penarikan balik kenaikan pangkat dibuat oleh Lembaga, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kebenaran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy