Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-4 menjadi asas penilaian sebelum pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred berkenaan. Jenis Pemangkuan 7. Terdapat dua jenis pemangkuan iaitu: (a) pemangkuan ke gred di mana pemangkuan ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan; dan (b) pemangkuan ke jawatan di mana pemangkuan ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Peraturan Dan Prinsip Pemangkuan 8. Peraturan 44 dan Peraturan 45, P.U.(A) 176/2005 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan, boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga, diarah memangku jawatan yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama. Pegawai yang memangku layak dibayar Elaun Pemangkuan. Syarat-Syarat Pemangkuan 9. Bagi tujuan pemangkuan, syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (d) bebas dari hukuman tatatertib; (e) telah mengisytiharkan harta; (f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (g) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan (h) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy