Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 9 UP.3.1.2 7.3 jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat. 8. Sekiranya selepas ditetapkan gaji kenaikan pangkat seperti di perenggan 5 di atas, gaji permulaan kenaikan pangkat lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Saraan) untuk diwujudkan gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP). 9. Bagi pegawai yang gaji akhirnya di gred terdahulu telah melepasi gaji maksimum, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Perkhidmatan). 10. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat adalah seperti berikut: Contoh 1 : Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Atau Sama Dengan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) di Gred Terdahulu Penentuan amaun gaji akhir gred terdahulu Pemberian PGT diawalkan di gred terdahulu 1. Pengiraan gaji permulaan kenaikan pangkat Gaji hakiki sehari sebelum kenaikan pangkat Jumlah Gaji Akhir + Pegawai dinaikkan pangkat pada 12 Mei 2017. TPG di gred terdahulu ialah pada 1 Julai. PGT diawalkan kerana tarikh kenaikan pangkat sebelum TPG. + = Kadar KGT Gred Terdahulu Jumlah Gaji Akhir Kadar KGT Gred Naik Pangkat atau KGT Gred Terdahulu, mana lebih tinggi Jumlah Gaji Naik Pangkat =

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy