Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-21 Peranan Ketua Jabatan 67. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan rayuan pegawai kepada Pengerusi Lembaga yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh rayuan pegawai diterima berserta dengan dokumen berikut: (a) surat rayuan pegawai; (b) format rayuan yang mengandungi ringkasan maklumat perkhidmatan pegawai; dan (c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan terkini. Dokumen rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat adalah seperti di Lampiran C. Peranan Urus Setia 68. Urus setia sesuatu Lembaga apabila menerima rayuan daripada pegawai yang merayu hendaklah menyediakan ulasan mengenai alasan bagaimana Lembaga telah mencapai keputusannya. 69. Urus setia setelah mendapat ulasan daripada Pengerusi Lembaga yang berkenaan atau anggota yang diwakilkannya untuk berbuat demikian, hendaklah mengemukakan rayuan tersebut kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh rayuan diterima berserta dokumen-dokumen berikut: (a) dokumen di perenggan 67; (b) ulasan Pengerusi Lembaga; dan (c) minit Mesyuarat Lembaga. Keputusan Rayuan 70. Keputusan Lembaga Rayuan hendaklah diberitahu kepada pegawai yang merayu melalui Ketua Jabatannya dengan segera. Sekiranya pegawai berjaya dalam rayuannya, keputusan hendaklah dicatatkan dalam rekod perkhidmatan. Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy