Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 27 UP.3.1.7 14.2 jumlah hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah; 14.3 tempoh hilang kekananan di gred semasa akibat daripada dikenakan hukuman tatatertib di gred tersebut 1 ; dan 14.4 semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Cuti Belajar Separuh Gaji. Penetapan Tarikh Kenaikan Pangkat 15. Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat TBK2 adalah seperti berikut: 15.1 Pegawai yang telah berkhidmat 13 tahun atau lebih sebelum 1 Januari 2018, tarikh kenaikan pangkat ditetapkan pada 1 Januari 2018. Contoh: Tarikh Kenaikan Pangkat Gred J32 : 15 November 2003 Tarikh genap 13 tahun : 14 November 2016 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred J36 : 1 Januari 2018 15.2 Pegawai yang telah berkhidmat genap 13 tahun pada atau selepas 1 Januari 2018, tarikh kenaikan pangkat ialah sehari selepas genap tempoh 13 tahun. Contoh: Tarikh Kenaikan Pangkat Gred N22 : 1 Julai 2005 Tarikh genap 13 tahun : 30 Jun 2018 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred N26 : 1 Julai 2018 1 Penetapan tarikh kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan dengan merujuk kepada peraturan yang berkuat kuasa mengenai kekananan bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy