Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 39 BAHAGIAN II – KRITERIA PENILAIAN Pegawai Penilai dikehendaki memberikan penilaian berasaskan kepada penjelasan bagi kriteria 1 – 6 dengan menggunakan skala 1 hingga 10 di bawah. Skala : 1. Integriti Memiliki dan mempraktikkan nilai-nilai integriti seperti akauntabiliti, jujur, benar, amanah, telus, cekap dan bijaksana dalam setiap tindakan dan pengurusan organisasi secara keseluruhan. 2. Berpemikiran Strategik 2.1 Berkebolehan mengenal pasti dan menjangka isu, masalah dan maklumat dalam kepelbagaian persekitaran. 2.2 Berkebolehan menganalisis isu dan masalah secara strategik dan mengemukakan alternatif penyelesaian mengikut keutamaan dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan. 3. Berorientasikan Pencapaian 3.1 Mempunyai komitmen dan daya usaha yang tinggi, berilmu pengetahuan, berpandangan jauh dan mendorong ke arah peningkatan budaya kecemerlangan organisasi secara keseluruhannya. 3.2 Mempunyai komitmen ke arah peningkatan pencapaian hasil kerja keseluruhan melalui kecekapan dalam mengurus dan mengelola sumber- sumber yang diperuntukkan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi. 3.3 Menyumbang kepada pembangunan diri dan kemajuan anggota dalam organisasi untuk kecemerlangan organisasi dari segi idea, penambahbaikan dan keberkesanan sistem penyampaian. 4. Kreatif dan Inovatif Berkebolehan dalam mencetus idea-idea baru ke arah penambahbaikan pengurusan organisasi. 5. Pengurusan Perubahan Berupaya menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. 6. Jalinan Hubungan Dan Kerjasama 6.1 Berkebolehan mendapatkan sokongan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang baik berteraskan kepercayaan serta saling menghormati dengan anggota dalam organisasi. 6.2 Berkebolehan mengenal pasti dan mengambil peluang untuk membina perkongsian strategik dari segi maklumat, idea, pengetahuan dan kepakaran dengan pelbagai pihak untuk faedah dan kepentingan organisasi. JUMLAH MARKAH : / 100 Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy