Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-2 "jawatan sementara" ertinya jawatan yang diwujudkan untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu bagi suatu tempoh yang tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan sebagai jawatan sementara; "jawatan simpanan latihan" ertinya jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai yang bercuti kerana berkursus / belajar melebihi setahun; "jawatan terbuka" ertinya jawatan tetap dan grednya telah ditentukan yang boleh diisi oleh pegawai yang sesuai dari mana-mana skim dan / atau perkhidmatan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat; "kekananan" ertinya susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama; "kenaikan pangkat" ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat; “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai itu; "Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan di peringkat Kementerian / Jabatan Persekutuan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; "Ketua Perkhidmatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy