Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-1 PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan panduan ini ialah untuk menjelaskan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam yang telah dikemaskini. LATAR BELAKANG 2. Urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010]. Di samping itu, beberapa Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran turut dijadikan panduan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun buat masa ini tiada panduan pengurusan yang khusus mengenai urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan bagi perkhidmatan awam. TAFSIRAN 3. Bagi maksud panduan ini: "anggota" ertinya ahli Lembaga Kenaikan Pangkat atau Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan yang berkenaan; "jawatan kumpulan" ertinya jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai berkenaan sementara menunggu penempatan yang sesuai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy