Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-7 (i) Sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku. Contoh: 1. Pengiraan Elaun Pemangkuan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Akauntan Gred Utama C memangku Gred Utama B a) Gaji hakiki Gred Utama C = RM9,493.91 b) Gaji minimum Gred Utama B = RM7,788.05 (kurang daripada gaji hakiki pegawai) c) Kadar KGT Gred Utama B = 9% X RM7,788.05 = RM700.92 d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) lebih kecil daripada (a), Elaun Pemangkuan adalah RM700.92 (Kadar KGT Gred Utama B) 2. Pengiraan Elaun Pemangkuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Memangku Kumpulan Pengurusan Tertinggi Pegawai Sains Gred C54 memangku Gred Utama C a) Gaji hakiki Gred C54 = RM8,149.29 b) Gaji minimum Gred Utama C = RM7,189.63 (kurang daripada gaji hakiki pegawai) c) Kadar KGT Gred Utama C = 9% X RM7,189.63 = RM647.07 d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) lebih kecil daripada (a), Elaun Pemangkuan adalah RM647.07 (Kadar KGT Gred Utama C)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy