Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 26 UP.3.1.7 jawatan kenaikan pangkat sehingga memiliki kelayakan/ kemahiran seperti diperuntukkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Tempoh Perkhidmatan Yang Diambil Kira 13. Tempoh yang boleh diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah bermula daripada tarikh kenaikan pangkat ke lapisan pertama gred kenaikan pangkat atau tarikh lantikan ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan semasa. Tempoh perkhidmatan yang diambil kira ini termasuklah: 13.1 tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama); Contoh: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 yang telah berkhidmat selama 2 tahun yang ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22. Tempoh perkhidmatan 2 tahun di jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 boleh diambil kira. 13.2 tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan; 13.3 tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara/ peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/ setara; dan 13.4 tempoh perkhidmatan pegawai yang melepas atau meletak jawatan dan dilantik semula ke skim perkhidmatan yang sama dan gred yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat. Tempoh Perkhidmatan Yang Tidak Diambil Kira 14. Tempoh yang tidak diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah seperti berikut: 14.1 tempoh percubaan dengan denda (bagi pegawai yang dilantik terus ke gred lantikan yang setara dengan gred kenaikan pangkat);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy