Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-5 Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 10. Pegawai yang telah memenuhi syarat di perenggan 9 layak dipertimbangkan pemangkuan termasuk pegawai-pegawai berikut: (a) pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara; (b) pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; (c) pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; dan (d) pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga. Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan 11. Pegawai berikut tidak layak dipertimbangkan pemangkuan: (a) tidak memenuhi syarat di perenggan 9; atau (b) telah dikenakan hukuman tatatertib. 12. Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan Ceraian UP.3.1.6, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut: Bil. Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan (a) Amaran 12 bulan (b) Denda 18 bulan (c) Lucut Hak Emolumen 24 bulan (d) Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan (e) Turun Gaji 36 bulan (f) Turun Pangkat 48 bulan Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan pemangkuan ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy