Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-14 43. Lembaga juga boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan, antaranya: (a) kebolehan dan potensi pegawai dengan jawatan kenaikan pangkat yang dinilai melalui kaedah-kaedah lain, contohnya temu duga, peperiksaan atau Pusat Penilaian (Assessment Centre); (b) kriteria penilaian khas berkaitan dengan bidang kerja seperti kecemerlangan atau penyelidikan; (c) personaliti dan tingkah laku yang baik dan kebolehan mewujudkan perhubungan yang harmoni dengan semua pihak; atau (d) kesesuaian dan penerimaan Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. 44. Jika terdapat dua atau lebih pegawai yang diputuskan sama dari segi merit, Lembaga hendaklah mengambil kira kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai dalam memberi pertimbangan kenaikan pangkat seseorang pegawai. 45. Pegawai akan hilang kekananan atas sebab faktor-faktor berikut: (a) pelanjutan tempoh percubaan dengan denda; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan; dan / atau (c) pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya. 46. Dalam keadaan di perenggan 45, kekananan pegawai akan hilang selama tempoh: (a) percubaan dengan denda yang dilanjutkan; (b) cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan / atau (c) dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain itu. 47. Lembaga juga boleh mengambil kira perakuan yang dibuat oleh jawatankuasa ‘Search Committee’ yang ditubuhkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 atau peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy