Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 22 CERAIAN UP.3.1.7 KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan dasar kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai Kumpulan Pelaksana untuk kali pertama dan kedua. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan pada 1 Julai 2009 telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Urusan kenaikan pangkat secara KUP ini telah dilaksanakan melalui Surat Edaran JPA(S)NP.134/1Klt.19/s.k2(11) bertarikh 14 Mei 2009. Penambahbaikan pelaksanaan peraturan tersebut telah dimaklumkan melalui Surat Edaran JPA(S)NP.134/1Klt.19/s.k2(17) bertarikh 3 Julai 2009. 3. Berkuat kuasa 1 Julai 2013, dasar kenaikan pangkat secara time-based ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2013: Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan. 4. Pada tahun 2018, dasar ini sekali lagi ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017: Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana dengan memperkenalkan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai yang berada di lapisan pertama gred kenaikan pangkat. PELAKSANAAN TIME-BASED KALI PERTAMA (TBK1) 5. Kerajaan pada 1 Julai 2009 telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang berada di gred lantikan 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Seterusnya pada 1 Julai 2013, Kerajaan telah menambah baik kaedah kenaikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy