Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 16 UP.3.1.4 6. Bagi memastikan kelancaran proses pertimbangan pengesahan kenaikan pangkat pegawai di agensi-agensi Kerajaan, Ketua Jabatan adalah dipohon untuk memastikan kertas cadangan kenaikan pangkat yang lengkap dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas genap tempoh satu (1) tahun pemangkuan pegawai. KEKECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam panduan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, surat edaran seperti di bawah adalah dibatalkan: (a) Surat Edaran JPA.BK(S)134/4/8-3 Jld.2(71) bertarikh 19 Ogos 2013: Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat; dan (b) Surat Edaran: JPA(S)134/1/4 Klt.8 (77) bertarikh 12 September 2012: Tempoh Minimum Pemangkuan Pegawai Gred Utama dan Gred Khas Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy