Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-11 30. Jika tempoh penangguhannya melebihi empat belas (14) hari, tarikh kuat kuasa pemangkuan pegawai adalah mulai tarikh pegawai kembali melaporkan diri dan melaksanakan tugas sepenuh masa di jawatan yang dipangku. 31. Walau apapun peruntukan di perenggan 29 dan 30, tarikh kuat kuasa pemangkuan tidak berubah dalam keadaan pegawai diluluskan cuti seperti berikut: (a) cuti haji; (b) cuti belajar bergaji penuh, cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji; dan (c) cuti bersalin. 32. Elaun pemangkuan layak dibayar mulai tarikh pegawai melaksanakan tugas sepenuh masa di jawatan yang dipangku tertakluk kepada perenggan 25. Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Pemangkuan 33. Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan pemangkuan dan penempatan kepada pegawai yang telah diluluskan pemangkuan untuk ditempatkan di jawatan kenaikan pangkat yang kosong. Bagi pegawai yang tidak berjaya dalam urusan pemangkuan, pemberitahuan juga hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. Calon Simpanan 34. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan pegawai menolak tawaran pemangkuan, pertambahan jawatan atau atas apa-apa sebab lain, pengisian kekosongan jawatan tersebut boleh dibuat dari senarai calon simpanan seperti yang telah diluluskan oleh Lembaga. 35. Tempoh sah laku calon simpanan tersebut ialah enam (6) bulan dari tarikh mesyuarat Lembaga. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan boleh memohon pertimbangan Lembaga untuk melanjutkan tempoh tersebut tidak lebih dari enam (6) bulan lagi dengan mengemukakan permohonan kepada urus setia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy