Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-29 Contoh format Pelantikan Panel Temu duga seperti di Lampiran B4; (iii) menyediakan senarai calon yang hendak dipanggil temu duga berdasarkan tapisan yang ditetapkan; dan (iv) melaksanakan urusan temu duga. (d) mendapatkan maklumat berikut daripada setiap calon yang hendak dipertimbangkan iaitu: (i) markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir berturut-turut. Bagi tujuan kenaikan pangkat untuk pegawai yang sedang memangku, tetapi LNPT terakhir tidak menilai prestasi atas jawatan yang dipangku, Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) hendaklah disediakan seperti ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009; (ii) keputusan Penilaian Tahap Kecekapan yang berkaitan dan tarikh lulus; (iii) kenyataan perkhidmatan yang kemas kini; (iv) kelulusan tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), laporan pengisytiharan harta terkini, perakuan bebas dari tindakan tatatertib dan bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. Jika seseorang pegawai yang hendak dipertimbangkan pemangkuan / kenaikan pangkat masih dalam siasatan SPRM atau masih dalam proses tindakan tatatertib atau telah dikenakan hukuman tatatertib, maklumat lengkap perlu disediakan untuk dimaklumkan kepada Lembaga; dan (v) maklumat-maklumat lain yang berkaitan (jika perlu).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy